PENGENALAN
Syarikat latihan ini telah ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 2008. Kini Nazlela Training (NLT) telah pun berusia 8 tahun. Sudah lebih 400 organisasi/sekolah telah mendapat sentuhan motivasi daripada kami melalui lebih 5000 buah program yang telah dijalankan. Kumpulan kami sememangnya bersyukur dan berbesar hati di atas kepercayaan dan penerimaan semua pihak terhadap perkhidmatan kami.
Di antara skop program yang kami jalankan di peringkat sekolah adalah seperti program keibubapaan, kepimpinan, jati diri dan 'Smart Learning'.
Peringkat IPT pula, program motivasi seperti "Cemerlang di IPT", "Teknik mengurus Kelab & Organisasi", "Belajar Survival di IPT" dan banyak lagi modul yang telah kami kongsikan di peringkat mahasiswa dan mahasiswi ini.
Manakala peringkat organisasi swasta dan kerajaan, kami juga telah menjalankan program seperti "Ukhwah Hebat, Organisasi Cemerlang", "Semangat Kerja Berpasukan", "Komunikasi & Pengurusan Kerja yang Baik di Pejabat" dan banyak lagi modul yang telah kami kongsikan di peringkat ini.
VISI KAMI
Menjadi sebuah syarikat latihan terbaik, dan pilihan utama organisasi-organisasi, sekolah-sekolah, IPTA @ IPTS di seluruh Malaysia. Kami akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam menyumbang idea, tenaga dan kemahiran yang ada demi melihat masyarakat menjadi lebih baik dari sebelumnya.
MISI KAMI
1. Memberi khidmat nasihat, pandangan dan motivasi kepada masyarakat.
2. Menjadi agen pembentukan perubahan masyarakat secara terancang dan strategik.
3. Meningkatkan potensi dan kecemerlangan masyarakat melalui proses latihan dan motivasi.
4. Memupuk budaya kecermerlangan akademik melalui pendekatan pembelajaran dan
pengajaran yang inovatif.
5. Menjana sikap para bakal graduan agar memiliki nilai-nilai moral yang tinggi serta komited
ke arah kecemerlangan, kepimpinan, intergriti dan profesionalisme dalam menyahut cabaran
kualiti akademik yang disasarkan negara.
6. Membentuk budaya “kerja itu ibadah” dalam diri seluruh ahli organisasi.